Ramlang Porigi - yang dipecat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atas alasan berkempen untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim - mendakwa menjadi mangsa percaturan politik.
Bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan juga mendakwa Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali yang mengarahkannya hadir di majlis sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan, pemuda yang menuduh diliwat Anwar.
“Pengarah Jawi dengan (ini) menjadikan saya sebagai kambing hitam untuk tujuan politik mereka,” katanya dalam pendedahannya kepada Malaysiakini hari ini.
Ramlang mendakwa Che Mat yang berada di masjid itu pada 15 Ogos lalu untuk menghadiri majlis sumpah itu bagaimanapun “bersembunyi di belakang mimbar” di dewan sembahyang masjid tersebut.
Beliau juga mengetahui arahan Che Mat itu melalui seorang pegawai masjid itu, Hafizan Bin Ibrahim. -MKini-
Thursday, February 5, 2009
Surat Nik Aziz kepada Sultan
RAJA DAN DEMOKRASI
1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.
2. Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain. Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: “Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri.”
3. Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.
4. Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.
5. Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.
6. Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak. Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman.Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas.Firman Allah S.W.T. bermaksud :“Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45).
Wallahua’lam.
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS
Bertarikh : 9 Safar 14305 Februari 2009

Thursday, January 29, 2009
Aku suka sangat puisi ni...
Balada Burhan Di Kota Raya..
Tuhan,
namaku Burhan,
munajat balada bahasaku ini mohon mereka dengarkan..
Warna-warni bahasa diraut,
dari bilah-bilah lidah kabilah Khalifah,
untuk membezakan insan dan haiwan,
bumbung bahasa inilah tempat kita bernaung,
dari bahang penindasan dan panas terik penjajahan,
saat hujan merdeka lebat mengairi tanah leluhur,
tetunas bangsa tumbuh menggalas amanah bahasa,
petualang penjajah lari dalam ribut amarah menggulung,
saat kesedaran bahasa bersemayam di hati kita,
kini wewenang kuasa tidak janjikan apa-apa,
untuk nyalakan obor keadilan dengan nafas bahasa..
Bangsa kita menggenggam segunung kuasa,
mampu merombak suasana yang lebih gemilang,
namun ada yang ghairah memilih celaka,
demi mengkhatam riwayat bangsanya esok lusa,
dengan hak berbahasa yang dinafikan,
untuk anak kecil bertatih bicara melaluinya.
Jiwa merdeka ungkaplah kata berani,
kerana mungkin yang tertinggal nanti,
adalah sisa-sisa dan puing-puing bahasa,
daripada runtuhan bangsa hari ini,
yang bertakhta di puncak kuasa,
mungkin bebas dari hukuman dosa,
mungkin lolos dari jaring hukuman kita,
mungkin juga sempat lari dari kumat-kamit
jampi mantera sumpah seranah menyala
yang membusung di hati kita,
kerana kita ini kononnya mudah lupa.
Anak yang lahir dari kekontangan hikmah,
ialah sekam berbusa membenih dari rahimmu,
hembus dan tiupkan azimat pengetahuan,
api sekam itu terus membara dan ternyala,
sendirinya nanti memegang panji janji dan obor bahasa.
Kepada yang terlontar di bumbung kuasa,
timbang sukat nafas bahasa yang kian nazak,
kerana segunung hati rakyat menyala merah,
di remang senja kiamat itu mereka berteriak!
"pekung bahasa bernanah itu berdarah kembali,
palingkan wajah ke lautan amarah jika berani,
jangan cuma mengukir kata memahat janji,
jantung hati kami dicicah lapah,
yang tinggal hanya luka di parut bahasa,
dirobek tangan rakus menggenggam akta."
Ledakkan api amarah di ruang terbuka,
biar terjulang keramat kata di angkasa kita,
biar diketahui rakyat dunia sejagat raya,
terbakarnya hutan rimba bahasa kita,
tak betah diredakan dalam kedinginan pujuk rayu,
oleh renjisan pidato kepuraan saban minggu.
Guntur pidato yang bergema dari langit keangkuhan,
telah hanguskan jutaan perasaan rumput kehijauan,
ayuh bicara dalam bahasa kayangan,
biar seribu tahun guntur menjerit,
biar seribu tahun kilat menikam bumi,
rumput tetap utuh dalam hijaunya,
biar berdentum guruh di langit,
bumi tak hancur sebelum kiamat.
Jika hari ini kita mati,
maka dari darah mengalir basah,
jadikanlah dakwat merah,
dari ranting rangka yang patah,
kutiplah ia sebagai pena,
lakar sejarah, ukir sirah perjuangan bangsa,
demi menyawakan roh bahasa kali kedua.
Mari labuhkan derita bahasa ini ke dermaga jiwa,
atau kita lompati bumbung madrasah bahasa,
untuk menjerut kecongkakan di langit tua.
Tuhan,
namaku Burhan,
aku mungkin gagal menyampaikan pesan,
kepada yang pongah, ahmak dan keras kemahuan,
yang memajak gadai bahasanya bagaikan judi pertaruhan.
dipetik dari : www.harakahdaily.net
nukilan oleh: ali bukhari amir

Monday, January 5, 2009
Sogokan @ Kebetulan
Acapkali kita lihat apabila tiba musim pilihanraya, terutama pilihanraya kecil (PRK), pasti satu kawasan itu menjadi tumpuan semua termasuk media yang berebut-rebut untuk mencari 'headlines' masing-masing.
Pada hari ini (6hb Jan 2009) merupakan hari penamaan calon bagi PRK Kuala Terengganu yang dijadualkan pada 17hb Jan 09. Mulai saat ini, parti-parti yang bertanding sudah bersiap sedia dengan 'senjata' masing-masing untuk berperang dan seterusnya menawan P.36 Kuala Terengganu yang merupakan ibu negeri lubuk emas hitam itu. Pihak Kerajaan mula mengatur strategi untuk mengekalkan kerusi palimen tersebut manakala Pakatan Rakyat mula mencongak untuk menambah bilangan kerusi di Parlimen.
Apa yang diperhatikan, bila ada PRK, kawasan tersebut mula dilimpahi dengan pelbagai projek yang tak disangka-sangka. Bermula dengan pembayaran royalti minyak dari kerajaan persekutuan, jalan-jalan mula diturap sehingga peruntukan yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran untuk memantapkan sistem pendidikan di Kuala Terengganu. Mungkin ianya kebetulan? Yang menjadi persoalan, mengapa kebanyakan projek, bantuan dan sebagainya hanya tertumpu di Kuala Terengganu sahaja? Tidakkah rakyat terfikir ianya hanya untuk memancing pengundi di sana?
Masih terngiang-ngiang lagi di telinga saya tentang jenaka spontan oleh sahabat saya. "Man, kalo ko nak kawasan ko maju, ko tunggu la YB tempat ko meninggal. InsyaAllah, time tu jalan ke tempat ko gerenti dapat tar baru". Jenaka tersebut, bila difikirkan adakalanya betul. Cuba kita lihat apa yang terjadi di Kuala Terengganu. Mungkin senario ini akan kembali wujud apabila ada PRK di kawasan lain lagi selepas ini? Sama-sama kita lihat. Sogokan atau Kebetulan? Bak kata Nabil Raja Lawak 2, "Lu Pikir la Sendiri"

Subscribe to:
Comments (Atom)